SELAMAT DATANG KE BLOGGER SAYA

Followers

Monday 29 August 2011

CERITA DI HARI RAYA!!!
bangun pagi di hari raya senyum manis bermuka ceria mohon maaf ayah dan bonda makan minum menjamu selera ziarah awal ke rumah sebelah banyaknya cerita kuih juadah aidilfitri disambut penuh meriah memanjat syukur kepada Allah ketika ziarah ke rumah depan masih bercerita hal ramadan mengabdikan diri pada Tuhan jumpakah lagi tahun hadapan masih berziarah jiran di belakang rancak bercerita orang yang hilang di hari mulia tidak dapat pulang mungkinkah dibunuh dan dibuang cerita hangat di sebelah malam datuk sosilawati dibunuh kejam pemandu pegawai serta peguam di kuala langat bukti dipadam Di samping cerita-cerita biasa musim perayaan seperti cerita kemalangan, kenduri dan juadah, aidilfitri kali ini dipenuhi juga dengan cerita mengenai pengasas Nouvelle Visage, Datuk Sosilawati Lawiya, bersama tiga lelaki iaitu pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu. Mereka berempat dipercayai dibunuh dengan kejam, dibakar manakala abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Kuala Langat.

No comments:

Post a Comment